Tuesday, September 05, 2006

MONOLOG YANG HEBAT




Tuesday, August 29, 2006

SHOW KUBAS MALAM FINAL






MALAM FINAL, KUBAS, KEDAH MENJAYAKAN PERSEMBAHAN
PADA 24 OGOS. BERIKUT ADALAH ANTARA GAMBAR MENARIK.

RENTAK PTPL- MALAM FINAL








ANTARA BEBERAPA GAMBAR YANG DIRAKAM SEMASA
PERSEMBAHAN RENTAK PTPL MALAM 25 OGOS 2006

Monday, August 28, 2006

PEMENANG FTM

JOHAN - KUBAS, KEDAH NAIB JOHAN- RESDONG'S PULAU PINANG
KETIGA- KEULU, TERENGGANU

KEPUTUSAN FTM '06


KUBAS JOHAN FTM 06

Bermula pada 19 haribulan Ogos 2006,Festival Teater Malaysia 2006 telah dilancarkan dengan meriahnya oleh Datuk Johan Jaafar selaku Pengerusi Majlis Seni Budaya Malaysia di MTC Jalan Ampang.

Bermacam acara telah diadakan sepanjang festival dwitahunan itu seperti Sidang Keilmuan, Fragmen Seni, Monolog dan Teater Malaysia. Namun apa yang lebih menarik ialah kehadiran lima kumpulan teater yang mewakili negeri masing-masing untuk menyertai pertandingan akhir peringkat kebangsaan ini. Selama lima malam mereka telah mempertaruhkan nasib melalui persembahan mereka yang masing-masing mempunyai kreativiti dan idea yang tersendiri.

Akhirnya, pada 26 Ogos berlangsunglah Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah sebagai acara terakhir untuk Festival Teater Malaysia 2006. Majlis yang tidak kurang meriahnya itu telah meninggalkan kenangan manis kepada dunia teater tanah air. Yang menang telah membawa pulang hadiah masing-masing dan yang kalah juga membawa kenangan, pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang festival itu berlangsung.

KUBAS yang mewakili negeri Kedah ternyata membawa kemenangan yang cemerlang dan paling banyak menggondol hadiah pada malam itu. Ia patut dibanggakan oleh seluruh rakyat negeri jelapang padi itu dan menjadi contoh yang baik kepada penggiat teater yang lain.
Dengan persembahan yang menarik melalui teater Angin Kering karya Datuk Johan Jaaffar dan diarahkan oleh Aznida Noor Azizan, KUBAS bukan saja berjaya menarik perhatian perhatian panel juri, malah menerima pujian melambung daripada penonton yang menyaksikannya. Dengan memilih teknik persembahan Mek Mulong dan ciri-ciri tradisi yang lain, beserta kesungguhan dan komitmen seluruh produksinya, mereka berjaya membawa pulang RM15,000 sebagai Johan Kebangsaan untuk tahun 2006.

Begitu juga dengan hadiah-hadiah lain seperti Pengarah Terbaik (RM3,000), Rekabentuk Produksi Terbaik (RM3,000), Pelakon Wanita Terbaik (RM 3,000), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (RM2,000) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (RM2,000). Jumlah keseluruhan yang telah dimenangi ialah RM28,000.
Pulau Pinang yang diwakili oleh Kumpulan Resdong’s pula telah menyandang tempat kedua dengan Hadiah RM10,000 melalui teater Jebat karya Dr. Hatta Azad Khan dan diarahkan oleh Azwan Abdul Wahab.

Sementara tempat ketiga (RM8,000) dimenangi oleh Negeri Terengganu melalui Kumpulan KEULU yang membawa teater Orang Ulu Hatinya Luke Lagih yang ditulis sendiri oleh pengarahnya, Ibrahim Mohd. Taib. Dengan memaparkan kehidupan tradisi orang-orang di Ulu Trengganu,KEULU berjaya meraih dua lagi hadiah lain iaitu Hadiah Pelakon Harapan Wanita Terbaik melalui watak Maria lakonan Norasilla Mohd.Nor dan juga Hadiah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik melalui watak Medam lakonan Mohd Ramadam Hassan.

Sanggar Creative dari Negeri Sarawak yang mementaskan teater Terdampar pula hanya membawa pulang satu hadiah iaitu Hadiah Pelakon Lelaki Terbaik (RM3,000) melalui watak Lelaki II oleh Mohd. Zohren Sahari Chee.

Panel juri terdiri daripada mereka yang begitu berpengalaman dalam bidang teater iaitu Rosminah Tahir selaku Ketua Panel, Ahmad Yatim, Hamzah Tahir, Susana Gomez dan Anthony Meh Kim Chuan.

SENARAI PENUH PEMENANG FESTIVAL TEATER MALAYSIA '06

PELAKON HARAPAN WANITA TERBAIK:
Nama : Norasilla Mohd. Noor
Watak : Maria
Kumpulan : KEULU
Negeri : Terengganu

PELAKON HARAPAN LELAKI TERBAIK:
Nama : Mohd.Ramadam Hassan
Watak : Medam
Kumpulan : KEULU
Negeri : Terengganu

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK:
Nama : Dalili Azhari
Watak : Jelita
Kumpulan : KUBAS
Negeri : Kedah


PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK:
Nama : Rohizam Nor
Watak : Mahatahu
Kumpulan : KUBAS
Negeri : Kedah


PELAKON WANITA TERBAIK:
Nama : Siti Salwani Shaari
Watak : Matani
Kumpulan : KUBAS
Negeri : Kedah


PELAKON LELAKI TERBAIK:
Nama : Mohd Zohren Sahari Chee
Watak : Lelaki II
Kumpulan : SANGGAR CREATIVE PRODUCTION
Negeri : Sarawak


PENGARAH TERBAIK:
Nama : Aznida Noor Azizan
Kumpulan : KUBAS
Negeri : Kedah


REKA BENTUK PRODUKSI TERBAIK:

Kumpulan : KUBAS
Negeri : Kedah

TEMPAT KETIGA:
Kumpulan : KEULU
Negeri : Trengganu
Judul Teater : Orang Ulu Hatinya luke lagi


TEMPAT KEDUA:
Kumpulan : RESDONG’s
Negeri : Pulau Pinang
Judul Teater : Jebat.

JOHAN KEBANGSAAN:
Kumpulan : KUBAS
Negeri : Kedah
Judu Teater : Angin Kering

HARIAN FTM, 26 OGOS '06


Friday, August 25, 2006

KEULU, Terengganu





RESDONG'S, PULAU PINANG







Resdong's muncul dengan Jebat karya Dr. Hatta Azad Khan

HARIAN FTM, 25 OGOS '06


Thursday, August 24, 2006

GAMBAR SEMASA PELANCARAN, 19 OGOS '06


























































BERITA DALAM UTUSAN, 24 OGOS '06


Festival Teater Kebangsaan
meriahkan Kuala Lumpur
Oleh: ANI AWANG
FESTIVAL Teater Kebangsaan (FTM 2006) yang berlangsung mulai 19 Ogos dan akan berakhir pada 26 Ogos ini di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) dan Taman Budaya Kuala Lumpur kembali menjadikan ibu kota Kuala Lumpur sebagai kota seni yang meriah.

Pertandingan kumpulan teater dari negeri-negeri di seluruh negara, aktiviti sidang keilmuan, debat, khidmat masyarakat, persembahan seni antara kaum dan bazar seni berlangsung meriah memenuhi acara FTM2006.

Lebih menarik FTM kali ini memperlihatkan kehebatan lima kumpulan teater yang berentap bagi berebut gelaran juara.

Kumpulan-kumpulan itu ialah Kumpulan Rumpun Seni Teater & Persembahan Anak Kolej PTPL (Rentak PTPL) dari Sabah dengan naskhah Kerusi karya Dr. Hatta Azad Khan.
Kumpulan Sanggar Creative Production dari Sarawak menampilkan Terdampar karya Slwomir Mrozek.

Kumpulan KEULU dari Terengganu dengan Uraung Ulu Hatinye Luke Lagih, sebuah karya terbaru Ibrahim Mohd. Taib.

Kumpulan Kreatif Utama Anak Seni (KUBAS) dari Kedah pula memilih Angin Kering karya Datuk Johan Jaafar dan Kumpulan Resdong’s dari Pulau Pinang dengan naskhah Jebat karya Dr. Hatta Azad Khan.

Menurut Pengerusi Majlis Seni Budaya Malaysia, Datuk Johan Jaaffar, festival itu membuktikan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) sentiasa berusaha menyemarakkan kegiatan teater di negara ini.

Beliau berkata, usaha itu membantu perkembangan teater negara di samping membesarkan khalayak seni tersebut.

“Kita perlu memperbanyakkan khalayak seni teater kerana perkembangan teater dalam bahasa Melayu masih berkurangan jika dibandingkan dengan teater Inggeris.

“Usaha menghidupkan kesenian tradisional ini mampu mencelikkan kita dengan budaya dan seni warisan bangsa yang perlu dipertahankan.

“Saya harap usaha ini akan membantu menanamkan nilai-nilai cintakan kesenian khazanah bangsa yang wajar dikembangkan di samping memperbetulkan sikap sesetengah masyarakat sehingga menimbulkan kelesuan teater.

“Kita tidak mahu khalayak disajikan dengan siri TV popular dari Amerika Latin dan sebagainya kerana ia bukan budaya kita yang sebenar,” kata Johan ketika merasmikan festival itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Johan yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjelaskan, pertandingan itu diharapkan dapat melahirkan karya-karya seni teater yang bermutu dan berkualiti bagi mengisi khazanah seni negara.

Jelas beliau, teater boleh dimajukan jika pengurusannya dimantapkan.
“Kejayaan terletak di tangan kita sendiri. Teater boleh maju kerana kita mempunyai banyak tempat untuk mementaskan teater seperti Istana Budaya, Stor Teater DBP, Auditorium DBP, MTC dan banyak lagi,” tambah Johan yang pernah aktif dalam teater.

Sehubungan itu, Johan berkata, kegiatan teater hendaklah dipelbagaikan untuk melangkau kepentingan bahasa dan budaya.

Beliau mencadangkan pembinaan sebuah pentas seperti Taman Ismail Marzuki di Indonesia di negara ini bagi memperbanyakkan program kesenian dan budaya.

“Usaha ini dibuat kerana kita mahu melihat seniman di jalanan yang merupakan orang seni juga mampu berkarya di situ.
“Kuala Lumpur perlu menjadi sebuah kota seni dan tidak menjadi kota yang sombong dan mati,’’ katanya.

Johan yakin usaha memartabatkan kesenian tersebut mampu melahirkan penggiat teater yang berwibawa dan berilmu.

FTM kali ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM51,000 yang dibahagikan kepada 11 kategori.

Johan Kebangsaan akan memperoleh RM15,000, naib johan (RM10,000) dan tempat ketiga RM8,000. Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Reka Bentuk Produksi Terbaik akan menerima hadiah RM3,000 setiap satu.

Hadiah berjumlah RM2,000 setiap satu ditawarkan kepada Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Pelakon Harapan Lelaki Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik pula ditawarkan hadiah RM1,000 setiap satu.

HARIAN FTM, 24 OGOS '06


Wednesday, August 23, 2006

HARIAN FTM, 23 OGOS '06


HARIAN FTM, 22 OGOS '06


HARIAN FTM, 21 OGOS '06


HARIAN FTM, 20 OGOS '06